Kota London - Hotelier TRIP | Hotelier Advisor

Discover More TropicaBLU

Travel, Flight, Hotel and Promotion


Kota London


Selepas kepulangan ku ke Malaysia pada tahun 1998, sebelom itu hati ini memang berat untuk meninggalkan Kota London, rasa memang tak mahu naik "Flight" balik ke Malaysia.

 
 
Sehari tarikh "departure" aku hanya menghabiskan masa lepak di Holborn Street, berdekatan dengan Hotel Kesington London tempat aku menginap. Di situ terdapat satu restoran yang paling aku minati iaitu sebuah restoran Pasta Italy. (memang sedap hidangan pasta disini). Hampir setiap malam aku menjamu selera dengan masakan Italy. Pada waktu siang aku akan ke Picadily Circus, disini adalah tempat yang paling aku sukai.
 
Suasana malam agak sejuk, angin dingin yang segar tak henti-henti menghembus, walau pon hampir semingu lebih aku di Kota London, namun rasa tak puas hati ini berjalan jalan di Kota London yang menarik serta tenteram bagi jiwa ku.
 
Ke-esokan harinya sebelah pagi aku bergegas ke Heathrow Airport untuk mengejar penerbangan pulang Ke Malaysia, ya memang berat untuk meninggalkan Kota London.
 

Kembali Ke Kota London

 
Pada tahun 2000 aku sekali lagi dijemput ke Eropah dan bekerja disebuah Hotel di negara Republic of Ireland, dalam sebuah hotel "Lynch Hotel Group" bertempat di Kota Limerick.
 
Pada kebiasaannya bila tiba hari cuti panjang aku akan ke Kota Dublin, (kisah Dublin akan ku ceritakan dilain rencana). 
 
 
Selepas sekian lama aku bekerja di Ireland maka, tibalah masa untuk bercuti di Kota London, dengan menaiki pesawat "Air Lingus" dari Shannon Airport Ireland dan ":Landing" di "Stansted London". Aku menginap disebuah Hotel Low Class, yang beharga £40pound semalam di Holborn Street, berdekatan dengan Hotel Hilton Kesington dan jarak antara station "Subway" cuma berjalan kaki dalam beberapa minit sahaja.
 
Macam biasa, dari pagi sampai ke malam aku akan merayau-rayau di Kota London yang amat luas, tempat yang aku masih ingati ialah, Old Bond Street, Picadily Circus, Carnaby Whaf, Soho dan lain-lain.
 
Picadily Circus, memang tempat aku lepak hampir setiap petang sambil meneguk secawan kopi dan rokok dijari ialah "Santai Petang". Di sini anda dihiburkan dengan "Street Entertainment" seperti Statue, traian, nyanyian, magician dan lain lain. Walau pon aku nih kaki wayang namun aku tak masuk pon dalam pawagam di Picadily Circus walaupon sebelah di "Cafe Shop" tempat aku selalu lepak. Keadaaan cuaca tak perlu disangkal lagi dingin, nyaman serta segar. Jacket harus dipakai sentiasa agar terasa hangat sedikit, maklumlah "Musim Summer" di Kota London tidak panas walau pon ada mentari yang menyinar terang.
 
 
Hide Park ialah taman hijau yang luas, berdekatan dengan "Buckingham Palace", suasana disini memang menarik, cantik, sedap mata memandang sambil lepak di bangku bawah pon "Maple" yang kekuningan, melihat tasik dan itik liar berenang-renang.
 

Ku teruskan perjalanan menghabiskan musim cuti di Kota London, sehingga memasuki kawasan Soho, pada mulanya aku rasa agak pelik disini, pelbagai fashion manusia aku temui, dari segi pakian, rambut, dijalan ini kiri dan kanan dipenuhi pub serta coffe shop. Lampu yang suram dan dipenuhi lautan manusia, (Rupanya Tempat ini ialah Gay area).

 
Patutla semua orang memandang kearah aku, ingatkan mereka melihat pakaian jacket Giorgio Armani dan baju "long sleeve Dolce & Gabbana, serta kasut Roland Cartier" yang aku pakai nampak eklusif, rupanya di Kota London pakaian yang berjenama itu adalah pakaian harian mereka.
 
Well, aku berlalu dari Soho menuju ke jalan-jalan yang kecil yang lain sehingga sampai ke "Harold Shopping Shop" sempat juga masuk ke dalam Harold, (omak Oii barangan disini terlalu ekclusif dan hampir kesemua ialah barangan yang berjenama tersohor. Aku tak beli apa apa pon kecuali perfume "Dolce & Gabbana" serta Chanel perfume.
 
Boleh dikatakan, semua kedai atau gallery buku untuk orang dewasa pon aku main terjah ja (disini freedom) yang penting diri anda sendiri pandai memainkan peranan. Jika terbau harum itu, perkara biasa, kerana masyarakat disini sukai memakai perfume dan fashion yang dikenakan ke badan cantik mata memandang, kemas serta menawan. Keterampilan mereka membuatkan kota London menjadi bandar "peragawan". Mereka tak pakai selipar "jepon" atau seperti masyarakat Malaysia selalu pakai, paling "cikai" pon pakai sandal yang direka khas dari pereka fashion terkenal. Baju kot labuh ke paras lutut adalah pakaian harian mereka bagi kaum lelaki atau sehelai jaket.
 
Dalam masa 3 hari aku sempat menrayap-rayap hampir ke semua jalan yang terkenal, dan tempat yang harus dilawati ialah "Trafalgar Square" maklomlah selalu sangat tengok filem Hindustan "Dilwale Dulhania Le Janyenge" tempat bagi merpati makan. So aku lepak la disini, kalau makan snack hati-hati burung camar selalu curi makan ditangan anda.
 
Dari Trafalgar Square ke Grovenor Square tak jauh pon, tempat "Malaysia Embassy" iaitu tempat aku buat passport baru kerana, passport aku hilang dicuri semasa menginap di Dublin semasa hendak terbang ke "Frankfurt Hahn-Germany" kisah ini aku rencanakan dalam "Travel To Frankfurt".
 
Tiada apa yang dapat ku gambarkan dengan kata-kata, betapa indah percutian ku ketika itu semasa berada di Eropah dan hidup di Kota Europe.
switzerland switzerland switzerland


My Work Place- Rep. of Ireland | My Travel Place- Australia | My Travel City- Frankfurt | My Travel City- Paris | My Work Place- Arab Saudi | My Travel City- Pakistan | My Travel City- Morocco

Leading Online Hotel Booking # Hoteler Advisor.The best travel web, hotel, vacation, reviews and tips to plan a perfect getaway


Find Out More About Europe City

Book A Room With

No comments:

Post a Comment

Hotel At Jalan Tar KL

From 5 star hotel to budget..

Start Work With Me

Current Hotel Promotion

Holiday Inn

Holiday Inn Dublin

Holiday Inn Express

28-32 O'Connell Street Upper, Dublin City Center, Dublin, Ireland, D01 T2X2.

Dublin City Centre

Radisson Blu

Radisson Blu

Radisson International Grp

Radisson Blu, Dublin Airport, Dublin Airport, Dublin, Republic of Ireland.

Dublin Airport

Hilton

Hilton Garden Inn

Hilton International Grp.

1 Custom House Quay, Dublin,1, Ireland, Dublin City Center, Dublin, Ireland.

Dublin City Centre

KLCC 2246 hotel
Bukit Bintang 1862 hotel
Chowkit / Putra WTC7 32 hotel
One Utama / Damansara 705 hotel
Cyberjaya 599 hotel
Cheras 509 hotel
Mid Valley / Bangsar 469 hotel
Petaling Jaya 447 hotel
Seri Kembangan / Balakong 436 hotel
Putrajaya 422 hotel
Pudu 392 hotel
Subang Jaya 378 hotel
Sepang / KLIA 366 hotel
KL Sentral 351 hotel
Sri Hartamas / Mont Kiara 336 hotel
Puchong 300 hotel
Bangi 295 hotel
Chinatown 275 hotel
Bandar Sunway 266 hotel
Kepong / Sri Damansara 240 hotel
Bukit Jalil 234 hotel
Ampang 232 hotel
Kajang 224 hotel
Setapak 222 hotel
Golden Triangle 199 hotel
Kota Damansara 105 hotel
Batu Caves / Gombak 87 hotel
Sungai Buloh 84 hotel
Semenyih 82 hotel
Rawang 74 hotel
Selayang 58 hotel
Sentul 43 hotel
Sg Besi 34 hotel
Dengkil 23 hotel
Hulu Langat 14 hotel
Pusat Bandar Damansara 3 hotel
Titiwangsa 1 hotel

Start Your Journey With Me

Top Brand

Best Service Hospitality Worldwide Brand Property:

Fairmont
Radisson
Clarion
© Hotelier TRIP | Hotelier Advisor - ALL RIGHTS RESERVED: Theme Design By: - Hotelier Advisor | EARAMIS